Wednesday, July 21, 2010

Entri Pertamaaa :D

Hai hai hai!!
Wah wah.. Saya belum mengisi entri satupun di blog baharu saya!
Maaf yaa.. Penyebabnya pekerjaan sekolah yang menumpuk! :/
Okay lah! Saya akan mula entri ini dengan perkenalan diri saya! :D

Saya Laura Utomo, pelajar dari sekolah menengah perempuan CEDAR.
Saya bukanlah orang asli Singapura, tetapi saya berasal dari Indonesia. Tepatnya dari kota Surabaya, ibu kota daripada Provinsi Jawa Timur. (promosi ;p)
Saya adalah salah satu dari pemegang biasiswa yang bertuah yang dapat bersekolah di Singapura. :D
Dan saya baharu belajar Bahasa Melayu sejak awal tahun ini. Jadi, maafkanlah kesilapan yang saya buat yaaa! :D

Untuk entri pertama saya, saya akan memulai dari hal-hal yang ringan untuk dibicarakan. (agak keluar topik sebenarnya. Tapi tak apa lah. ;p)
Banyak orang di Singapura salah faham bahawa Bahasa Indonesia adalah sama dengan Bahasa Melayu.
Kawan-kawan saya yang merupakan orang Singapura sering bertanya: 'di Indonesia, kamu bercakap menggunakan Bahasa Melayu ya?'.
Saya yang kebingungan pun menjawab: 'umm.. Tidak ada banyak perbezaan sebenarnya. Hanya sahaja Bahasa Melayu adalah versi cepat Bahasa Indonesia!'

Itulah hal yang saya katakan kepada teman-teman saya. Apakah hal tersebut betul???
Tuan dan Puan yang terhormat (Ciee! ;p)
Hal tersebut salah!!

Bukti pertama: Dalam peperiksaaan pertama Bahasa Melayu saya -yang saya kerjakan menggunakan Bahasa Indonesia- lulus!!
(dengan nilai yang tidak memuaskan)

Bukti kedua: Saya tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Cikgu sayaaa!!! :(
(dalam bulan pertama sekolah)
Cikgu saya harus bercakap dengan sangat lambat, supaya saya mengerti..

Bukti ketiga: Saya harus bercakap dengan Bahasa Inggeris dengan teman-teman sekelas saya padahal jam tersebut adalah jam pelajaran Bahasa Melayu!!
Saya pun dihukum oleh Cikgu -,-

Ya ya..
Itulah awal-awal perjalanan saya di Singapura.
Tetapi sekarang saya telah membuat kemajuan!
Nilai peperiksaan saya tidaklah begitu teruk, dan sekarang saya boleh mendengarkan Cikgu yang bercakap dalam Bahasa Melayu! (tetapi saya tetap bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan kawan sekelas saya) ;p

Ternyata masalah saya boleh diselesaikan dengan mudah!
Yaitu dengan membaca dan banyak bercakap dengan Bahasa Melayu!!
Saya sekarang membaca akhbar Melayu dan saya mencatat kata-kata yang tidak saya ketahui ertinya.
SAYANGNYA, KERANA BANJIR YANG MELANDA HOSTEL SAYA, CATATAN TERSEBUT MUSNAH :'(

Dari beberapa yang saya ingat, beberapa kata-kata yang sangat berbeza ertinya adalaaahh: *drumroll*

1. Pemadam=Penghapus
Dalam Bahasa Melayu Pemadam bererti alat untuk memadamkan tulisan.
Dalam Bahasa Indonesia Pemadam digunakan untuk frasa seperti pemadam kebakaran!

Dalam Bahasa Indonesia Penghapus bererti alat yang digunakan untuk memadamkan tulisan.
Dalam Bahasa Melayu Penghapus bererti semacam pelenyap!
WOWOWOW
Jangan sampai anda salah ya!
Apabila anda pergi ke kedai dan meminta sebuah penghapus! :D

2. Butuh
'JANGAN SEBUT KATA BUTUH DALAM KELAS MELAYU!!', Hal ini adalah hal yang pertama disampaikan oleh senior saya!
Ternyata (menurut Kamus Dewan) kata butuh memiliki 2 erti.
Erti pertama adalah sinonim kata perlu.
Erti yang kedua... Kemaluan lelaki -,-
Kerana kata yang kedua inilah kata butuh sering disalah ertikan
Padahal, dalam Bahasa Indonesia kata butuh hanya bererti perlu!
Jadi, pada waktu anda berkunjung ke Indonesia, janganlah mengambil kesempatan untuk menggunakan kata butuh! ;p

3. Bisa dan boleh
Yup! Kata bisa dalam Bahasa Indonesia bererti boleh dalam Bahasa Melayu!
Dalam Bahasa Melayu, bisa digunakan untuk bisa ular, bisa beracun, dan sebagainya.


Ya! Kata-kata tersebut sederhana, namun makna yang dimilikinya sangat berbeza!

Dengan banyak membaca! (iya! membaca -dan menonton upin dan ipin di televisiyen-)
(Diharapkan) Anda dapat meningkatkan kemampuan Bahasa Melayu anda!

Sekian entri saya hari ini!
Selamat Petang!


TEEHEE.

No comments:

Post a Comment